Thursday, 19 September 2013

PENINDASAN MASYARAKAT MYANMAR


PENGENALAN

Orang Rohingya kebanyakannya adalah satu kumpulan etnik beragama Islam di utara Negeri Rakhine yang terletak di Barat Burma. Kebanyakan populasi Rohingya tertumpu di dua buah bandar utara Negeri Rakhine  (yang dahulunya dikenali sebagai Arakan):

SEJARAH

Sejarah orang Rohingya dikatakan bertarikh dari awal kurun ke-7 di Negeri Arakan yang menjadi penempatan pedagang-pedagang Arab yang beragama Islam, namun bukti sejarah tersebut adalah sedikit.
Orang Rohingya memiliki persamaan fizikal, bahasa dan budaya dengan orang Asia Selatan , terutamanya orang Benggali. Malahan, sesetengah orang Rohingya yang menetap di Arakan adalah keturunan orang Arab, orang Parsi dan orang Pashtun yang berhijrah ke Arakan semasa era pemerintahan Empayar Mughal. 
Sultan Mahmood, seorang Rohingya yang kaya dan berpengaruh, merupakan setiausaha politik dalam kerajaan U Nu dan kemudiannya dilantik sebagai Menteri Kesihatan. Orang Islam Rohingya lain dalam kerajaan U Nu yang menjadi setiausaha parlimen antaranya ialah Sultan Ahmed dan Abdul Gaffar. Abdul Bashar, Zohora Begum, Abul Khair, Abdus Sobhan, Rashid Ahmed dan Nasiruddin (U Pho Khine) ialah juga ahli-ahli parlimen dalam kabinet U Nu.

PENCABULAN HAK-HAK ASASI KEMANUSIAAN

Menurut Amnesty International , orang Rohingya terus menerus menderita akibat pencabulan hak kemanusian oleh Junta tentera Myanmar sejak tahun 1978, dan akibatnya ramai yang telah melarikan diri ke negara jiran seperti Bangladesh.

"Gerakan pembebasan orang Rohingya disekat dengan keras dan pada hakikatnya sebahagian besar mereka telah dinafikan kewarganegaraan Myanmar mereka. Mereka juga tertakluk pada pelbagai bentuk pemerasan dan pencukaian sembarangan; penyitaan tanah; pengusiran paksa dan pemusnahan rumah; dan sekatan kewangan ke atas perkahwinan. Orang Rohingya terus menerus dipaksa menjadi buruh dalam pembinaan jalan raya dan di kem-kem tentera walaupun jumlah buruh paksa di utara Negeri Rakhine telah menurun sejak sedekad yang lalu."

"Pada tahun 1978, dianggarkan seramai 200,000 orang Rohingya telah melarikan ke Bangladesh berikutan operasi Nagamin’ (‘Raja Naga’) tentera Myanmar. Secara rasmi kempen ini mensasarkan "pemeriksaan setiap individu yang tinggal dalam negeri tersebut, menandai warganegara dan orang asing bertepatan dengan undang-undang dan mengambil tindakan terhadap orang asing yang menyusup masuk ke dalam negara secara haram". Kempen ketenteraan ini disasarkan secara terus kepada orang awam, dan mengakibatkan pembunuhan, rogol dan pemusnahan masjid serta penindasan agama secara besar-besaran."

"Semasa 1991-92, satu gelombang baru orang Rohingya yang dianggarkan berjumlah suku juta orang telah melarikan diri ke Bangladesh. Mereka melaporkan tentang buruh paksa di samping hukuman mati terus, penyeksaan dan rogol. Orang Rohingya dipaksa bekerja tanpa bayaran oleh tentera Myanmar di projek-projek infrastruktur dan ekonomi, lazimnya dalam keadaan yang teruk. Banyak pencabulan hak-hak kemanusiaan lain berleluasa dalam konteks buruh paksaan orang awam Rohingya oleh pasukan keselamatan."
Pada 6 Februari 2009, Menteri Luar Indonesia, Hassan Wirajuda telah mengkritik Burma kerana menzalimi pelarian Rohingya, selepas hampir 400 orang pelarian Rohingya diselamatkan di pantai Sumatera pada Januari 2009.

PELARIAN
Gelombang berikutnya yang mengandungi ratusan ribu orang Rohingya yang melarikan diri daripada Burma dan ramai pelarian itu membanjiri negara jiran iaitu Bangladesh seramai 250,000 orang pada tahun 1978 kesan daripada Operasi King Dragon Di Arakan. Pada tahun 1991, berikutan tindakan keras terhadap orang Rohingya, seramai 250,000 orang pelarian mencari perlindungan di daerah Cox's Bazar di Bangladesh. Sesetengah mereka kemudiannya dihantar pulang ke negara tersebut yang menafikan kewarganegaraan mereka. Sesetengahnya masil berada dalam buangan dan tinggal di Bangladesh, Pakistan ,Arab Saudi,UAE, Thailand,Malaysia dan Indonesia. Bermula pada tahun 2005, UNHCR telah membantu penghantaran pulang orang Rohingya dari Bangladesh, tetapi tuduhan mengenai pencabulan hak asasi manusia di kem-kem pelarian tersebut telah mengancam usaha ini.

Di sebalik usaha-usaha terdahulu oleh PBB, majoriti besar pelarian Rohingya masih kekal di Bangladesh yang tidak dapat pulang kerana tidak diterima oleh rejim di Burma. Kini mereka menghadapi masalah-masalah di Bangladesh yang di sana mereka tidak mendapat sokongan daripada kerajaaan.  Pada Februari 2009, ramai pelarian Rohingya telah ditolong oleh pelaut-pelaut Aceh di Selat Melaka selepas berada selama 21 hari.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menjangka kira-kira terdapat seramai 800,000 orang etnik Rohingya berada di Myanmar.

PENAFIAN HAK WARGANEGARA
Myanmar tidak mengiktiraf etnik Rohingya yang berketurunan Bengali sebagai rakyatnya kerana kumpulan itu hanya memasuki negara ini pada kurun ke-19 ketika pemerintahan Britain.
Menurut Perlembagaan Myanmar , hanya keturunan Bengali yang tinggal di negara ini sebelum kemerdekaan daripada Britain pada 1948 serta anak mereka, dianggap sebagai warganegara.
Justeru, mereka yang menetap di Myanmar selepas kemerdekaan secara rasminya dianggap sebagai pendatang asing dan mengancam keselamatan negara ini.

Pada asasnya, sukar untuk kebanyakan keturunan Bengali mendapatkan status warganegara dan mereka menghadapi diskriminasi selain pergerakan yang dihadkan, isu perkahwinan dan anak.

KRISIS PENCEROBOHAN LAHAD DATU


PENGENALAN
Krisis pencerobohan Lahad Datu 2013 mengaitkan kepada insiden diplomatik yang berlaku di antara Malaysia dan Filipina sejurus selepas 235 orang Filipina yang sebahagiannya bersenjata mendarat di Kg. Tanduo, Daerah Lahad Datu, Sabah pada 11 Februari 2013. Kumpulan tersebut yang menggelarkan diri mereka sebagai Angkatan Keselamatan Diraja Kesultanan Sulu dan Borneo Utara, telah dihantar oleh Jamalul Kiram III yang merupakan salah seorang dari pihak-pihak yang menuntut takhta Kesultanan Sulu. Kiram menyatakan bahawa matlamat mereka adalah untuk menuntut kembali wilayah mereka di bahagian timur Sabah (bekas Borneo Utara) yang masih tidak dapat diselesaikan.
Pasukan-pasukan keselamatan Malaysia sudah mengepung Kampung Tanduo di Lahad Datu yang menjadi tempat mereka berkumpul, manakala perundingan secara aman masih lagi dilakukan.

MOTIF KEDATANGAN

Mengikut sumber dari Al Jazeera News, kehadiran tentera Sulu di Lahad Datu adalah disebabkan mereka ingin menuntut pengiktirafan dan hak untuk selama-lamanya tinggal di Sabah.
The Manila Times menyebut bahawa pencerobohan tersebut berlaku sejurus selepas pemimpin pembangkang Anwar Ibrahimmencadangkan autonomi kepada Sabah. Agensi perisikan Filipina juga telah menyatakan ada campur tangan beberapa pihak yang telah mencetuskan kejadian ini. Salah satu pihak yang dikenalpastinya adalah Anwar Ibrahim.  Namun begitu untuk menafikan pembabitan mereka, Tian Chua, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat menyatakan bahawa ini adalah sandiwara kerajaan Barisan Nasional untuk menakut-nakutkan rakyat. Tian Chua telah dikecam hebat kerana mengeluarkan kenyataan tersebut.  Jacel Kiram, puteri Jamalul Kiram III juga menyangkal dakwaan mereka disokong Anwar atau orang lain.

KAWASAN YANG TERLIBAT
* Lahad Datu
* Semporna
* Kunak

Pertempuran 1 Mac
Pada pagi 1 Mac, satu pertempuran telah berlaku diantara PDRM dan pengikut Agbimuddin Kiram. Dua anggota PDRM dari kumpulan komando 69 iaitu, Inspektor Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabaruddin telah terkorban. Manakala, 12 pengikut Agbimuddin Kiram telah terbunuh dalam situasi tersebut.

Serangan Semporna
Pada 3 Mac pada waktu 6.30 petang, seramai 6 anggota polis telah terkorban dalam serangan hendap oleh penceroboh bersenjata di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna.  Enam penceroboh turut terbunuh dalam situasi tersebut.  Pihak polis masih menyiasat sama ada kumpulan ini mempunyai kaitan dengan pengikut kesultanan sulu.  Sebelum ini, pada jam 7 pagi di hari yang sama seorang penceroboh telah dibelasah sehingga mati oleh penduduk kampung tersebut.
Abraham Idjirani, iaitu setiausaha-agung Sultan Kiram III, berkata keganasan bermula ketika polis Malaysia sedang memeriksa rumah seorang pendatang tanpa izin Filipina yang disyaki melindungi penceroboh. Ianya berakhir apabila Imam Maas dan 4 orang anak beliau terbunuh apabila diketahui bahawa mereka sedang melindungi saudara-mara sultan yakni penceroboh di kawasan itu.

Kehadiran lelaki bersenjata di Kunak
Menurut Ketua Polis Negara, Ismail Omar, seramai 10 individu yang dipercayai mempunyai kaitan dengan tentera penceroboh telah dikesan memasuki kawasan Kampung Long Malong dan Kampung Dasar Lama di Kunak antara Lahad Datu dan Semporna.

Peningkatan anggota keselamatan.
Kerajaan Malaysia telah mula menggandakan bilangan polis dan tentera dengan menggerakkan pegawai Rejimen Askar Melayu Diraja. Selain itu, 7 batalion ATM dari Semenanjung dan 1 batalion PGA dari Sarawak juga telah dihantar bagi meningkatkan kawalan keselamatan.

Penghantaran pesawat pejuang dan pengeboman
Pesawat pejuang TUDM dilihat terbang di sekitar Felda Sahabat kira-kira pukul 8.35 pagi.
Pada 5 Mac, Malaysia telah menghantar 3 buah pesawat pejuang dan 5 Hawk bagi melancarkan serangan bom dari udara ke kawasan yang dikatakan merupakan tempat persembunyian pengikut Agbimuddin Kiram pada jam 7 pagi. Akhbar Berita Harian mengatakan, kira-kira 30 mayat penceroboh telah ditemui.  Manakala, seorang telah ditembak mati. Sehingga kini, 68 penceroboh telah disahkan terkorban.  Manakala, 121 lagi telah ditahan di bawah Akta SOSMA.


Kewujudan ESSCOM dan ESSZONE
Juga berikutan dengan krisis ini, kerajaan telah mewujudkan sebuah kawasan yang dikenali sebagai Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) pada 7 Mac 2013 bagi memperkuatkan lagi keselamatan maritim di bahagian timur Sabah. Beberapa minggu selepas itu,Perdana Menteri Datuk Seri Najib Bin Abdul Razak  telah melancarkan sebuah zon yang dikenali sebagai Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSZONE) pada 25 Mac 2013.

Penggodaman
Perang siber turut tercetus dengan kumpulan penggodam dari Malaysia dan Filipina saling menggodam laman web beberapa pertubuhan antara satu sama lain bagi menyemarakkan rasa tidak puas hati berkenaan isu ini.

Protes di kedutaan Malaysia
Seramai 100 rakyat Filipina menganjurkan bantahan di hadapan kedutaan Malaysia di Makati pada 5 Mac 2013. Mereka menggesa kerajaan Malaysia untuk menamatkan keganasan di Sabah, manakala sesetengah sokongan yang dinyatakan lagi adalah bagi menyokong perjuangan Kiram. Sekurang-kurangnya 50 anggota polis dan trak bomba dikerahkan ke kawasan tersebut. Kedutaan kemudiannya digantung operasi akibat bantahan.

Kekejaman penceroboh
Anggota polis yang terbunuh di kampung Sri Jaya, Semporna, Sabah pada 2 Mac lalu ditemui dalam keadaan yang sangat tragis. Perbuatan yang sangat sadis dan tidak berperikemanusiaan itu telah menimbulkan tanda tanya pelbagai pihak sama ada mereka ini di bawah pengaruh dadah atau ilmu hitam. Justeru, perlakuan mereka ini juga bertentangan dengan ajaran islam.

Nasib keluarga anggota PDRM yang terkorban dibela
Datuk Seri Musa Aman selaku Ketua Menteri Sabah telah mengumumkan bahawa sumbangan sebanyak RM 100,000.00 akan diberikan kepada keluarga anggota PDRM yang terkorban di dalam pertempuran di Lahad Datu. Manakala bagi anggota yang cedera, sebanyak RM 50,000.00 akan disumbangkan oleh kerajaan negeri.
Anggota yang terkorban juga dinaikkan pangkat agar keluarga mereka dapat menikmati kadar pencen yang lebih tinggi. Beberapa bantuan lain turut akan diterima oleh anggota dan keluarga anggota yang terlibat.

Pembangkang Filipina main peranan
Banyak akhbar pro pembangkang di Filipina sedang mensasarkan kelemahan kepada Presiden Benigno kerana tidak menyokong pendudukan pengganas Sulu di Lahad Datu. Untuk menaikkan kemarahan rakyat Filipina, akhbar-akhbar pro Arroyo ini telah menceritakan kononnya pasukan keselamatan Malaysia telah memukul dan membunuh warga Filipina di Sabah. Namun begitu, tiada bukti sahih bahawa perkara ini sedang berlaku. Bekas Presiden Arroyo nampaknya telah melaksanakan perancangan untuk memalukan pentadbiran Presiden Benigno agar kerajaan Filipina akan dilihat tidak boleh menyelesaikan masalah rakyat Filipina.
Jamalul Kiram  yang merupakan ketua pasukan penceroboh Sulu, merupakan salah seorang penyokong Arroyo dan pernah bertanding di dalam parti Arroyo pada tahun 1997. Dan kini tindakannya untuk menyerang Sabah adalah dikatakan diarahkan oleh Arroyo.

Bantuan kepada warga Lahad Datu.
Bantuan RM 1000.00 akan diberikan oleh kerajaan Malaysia kepada warga yang terlibat dalam krisis pencerobohan Lahad Datu. Bantuan juga akan diberikan dalam bentuk pembinaan semula kediaman dan premis perniagaan yang musnah disebabkan oleh kekacauan yang dilaksanakan oleh para pengganas di Lahad Datu. Pinjaman kerajaan juga akan diberikan kepada mereka yang mengalami kerugian dalam perniagaan disebabkan oleh krisis tersebut.

Suruhanjaya Siasatan Diraja pendatang asing Sabah.
Prosiding siasatan Suruhanjaya Diraja pendatang asing Sabah terhenti apabila berlakunya krisis ini.

Statistik nahas
Jumlah Korban
Tarikh
Lokasi
Pengikut
Kesultanan Sulu
Pihak berkuasa
Malaysia
Orang awam
Jumlah
1 Mac
Lahad Datu
12
2
1
15
3 Mac
Semporna
7
6
0
13
6–7 Mac
Kampung Tanjung Batu
31
0
0
31
Kampung Tanduo
1
0
0
1
12 Mac
Sungai Nyamuk
2
1
0
1
Jumlah
53
9
1
63

Sekatan

Polis Malaysia telah mengepung jalan utama di Lahad Datu yang melalui ladang kelapa sawit sehingga ke Kampung Tanduo, di mana lelaki bersenjata tersebut berada. Polis Marin juga meronda perairan berdekatan. Agensi-agensi keselamatan juga telah menyekat kemasukan warga dari Selatan Filipina.
SISTEM EKONOMI TRADISIONAL

PENGENALAN

Sistem ekonomi Melayu tradisi amat berlainan daripada sistem yang dibawa oleh British. Dalam sistem ekonomi Melayu, masyarakat Melayu berteraskan sistem ekonomi sara diri. Cuma setelah kehadiran dan penaklukannya terhadap negeri-negeri Melayu sistem tradisi ini telah bertukar kepada sistem ekonomi komersial. Walaupun begitu, sifat-sifat ekonomi komersial pernah juga dijalankan oleh masyarakat sebelum kedatangan penjajah barat. Cuma ia dijalankan secara kecil-kecilan sahaja.


Sistem Ekonomi Sara Diri

Sistem ekonomi sara diri dari segi konsepnya ialah satu sistem pertanian sara hidup. Dalam konteks sistem ini barangan pertanian yang dikeluarkan ialah barangan untuk kegunaan keluarga sahaja. Ia tidak berfokuskan kepada lebihan pengeluaran. Ini berbeza dengan sistem pertanian komersial yang berfokuskan lebihan pengeluaran. Hal ini kerana dengan bahan pengeluaran yang berlebihan itu, usahawan yang mengusahakan boleh menjual dan mendapatkan keuntungan. Mengapakah masyarakat Melayu tradisi tidak menjuruskan sistem ekonominya ke arah sistem ekonomi komersial? Dalam menjawab persoalan ini pelbagai faktor perlu diambilkira. Ia perlu dilihat dari aspek sistem kerja, sistem pemilikan tanah, sistem kenegaraan, teknologi yang digunakan, hubungan petani dengan dunia luar, dan sumber pertanian.

Dari aspek sistem kerja, petani yang menggerakkan kerja pertanian berasaskan sistem kekeluargaan. Ia tidak melibatkan orang lain. Dengan sistem ini sebuah keluarga mengusahakan pertanian mereka sahaja. Mereka tidak melibatkan orang lain. Dengan kata lain mereka boleh mengusahakan tanah mereka atau tanah tuan mereka dengan keluarga mereka sahaja. Sebagai kesan daripada konsep ini mereka tidak perlu memikirkan untuk membayar upah kepada orang lain. Melalui cara ini mereka sekadar memuaskan hati dengan keperluan bagi keluarga mereka. Oleh itu, konsep lebihan untuk mencari untung tidak pernah difikirkan ( Amarjit Kaur. 1991; Ishak Shaari. 1991).

Dalam aspek sistem kenegaraan ia melibatkan sistem serah dan sistem kerah. Kita ketahui bagaimanakah caranya sultan berperanan dalam mengketengahkan kekeramatan dan kemuliaan. Ia ditunjukkan melalui ilmu yang dimiliki, alatan, restu mahupun lambang-lambang kekuatan lain dan selalunya dihubungkan dengan ketuhanan. Oleh itu ia dapat menggerakkan rakyat untuk menyatakan kesetiaan dan ketaatannya. Untuk menunjukkan kesetiaan dan ketaatan inilah para petani terutama orang lelaki dipaksa bekerja untuk sultan mahupun pembesar. Selalunya kerja-kerja dalam sistem ini bukan sahaja melibatkan bidang pertanian, tetapi merangkumi pelbagai bidang lain. Ia pula dilakukan tanpa mempunyai ketetapan yang tetap. Oleh itu, jangka masa yang tidak tentu menyukarkan kerja-kerja pertanian yang hendak dijalankan. 


Selain daripada menunjukkan ketaatsetiaan dalam corak menyerahkan diri untuk kerja-kerja sultan, para petani juga diikat dengan sistem serah. Dalam hal ini para petani perlu menyerahkan sama ada lebihan hasil, barangan, keperluan dan lain-lain bahan untuk sultan. Ini bagi menunjukkan kesetiaan dan ketaatan. Ishak Shaari ( 1991 ) menyatakan sistem serah ini lebih teruk daripada sistem kerah. Ia membuatkan rakyat berasa bimbang bahawa lebihan mereka akan dirampas oleh sultan atau pembesar tempatan.

Keterbatasan hubungan antara petani dengan dunia luar boleh menyumbangkan kemampuan petani untuk mengubah corak pertanian mereka. Biasanya hubungan dagangan hanya dilakukan oleh para pembesar dengan tidak memberi peluang kepada petani untuk menjalankan urusan perdagangan. Sebab itulah kalau dilihat daripada aktiviti kerja yang dijalankan oleh masyarakat Melayu sebahagian besarnya adalah berteraskan sektor pertanian. Mereka tidak dapat melihat peluang-peluang yang ada dalam aspek perdangan. Biasanya aspek ini dibolot oleh pembesar-pembesar atau sultan.

 Keterbatasan ini jugalah yang menyebabkan orang-orang Melayu tidak dapat melihat kebaikan sistem-sistem yang cuba dilaksanakan oleh orang-orang Inggeris. Kita harus akui ada sistem yang dibawa Inggeris boleh memecahkan kebuntuan dan kemiskinan orang Melayu. Hal ini boleh dilihat daripada mengasingkan konsep ketuhanan yang ada pada sultan dan mengendurkan ketaatan yang membabi buta. Ini didasarkan sebenarnya konsep komersial telah lama dijalankan, cuma ia diboloti oleh orang-orang yang mempunyai hubungan dengannya. Keadaan ini jauh berbeza dengan sikap petani dan orang barat yang mengamalkan sikap keterbukaan dan menerima revolusi sama ada revolusi pertanian dan industri. Hal ini kerana pada waktu itu mereka menjuruskan pemikiran mereka ke arah pemikiran inkuiri dan sentiasa ingin tahu berkenaan alam dan memangkinkan ilmu untuk kesejahteraan hidup. Inilah sebenarnya yang menjayakan Islam dan akhirnya hal ini jugalah yang ditinggalkan oleh Islam.


Keadaan ini telah menyebabkan para petani menjalankan ekonominya secara kais pagi makan pagi, dan kais petang makan petang dengan menjalankan pertanian secara kecil-kecilan khususnya dalam penanaman padi dengan padi huma dan sawah, mencari hasil hutan seperti buah-buahan hutan ,rotan serta akar kayu bagi ubatan tradisi, perternakan ayam itik, menangkap ikan di sungai dengan cara memancing ataupun memasang lukah yang tidak begitu produktif untuk hasil ekspot, dan pelombongan dengan cara mendulang. Usaha-usaha ini dijalankan hanya bagi menampung kehidupan dan tidak wujud satu pengkhususan kerja serta matlamat pengeluaran bagi tujuan ekspot. Oleh itu, petempatan masyarakat melayu banyak terdapat di pinggir-pinggir hutan dan sungai kerana di situlah banyak sumber bagi mereka menampung kehidupan seharian.